خطبة فغهينأن ترهادف نبي
الحمدلله الذي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدُى وَدِينِ الْحقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْكَرِهَ المُشْرِكُون . اشهد ان لا اله الا الله وحده لاشريك له. له الملك وله الحمد يحيى ويميت. وهو على كل شيء قدير. واشهد ان محمدا عبدُهُ وَرَسُولُهُ المَبْعُوثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِين . اللهم صل وسلم وبارك علي حَبِيْبِنَا وَشَفِيعِنا وقُدْوَتِنا وأُسْوَتِنا محمدٍ وعلى آله وصحبه ومَنْ تَـبِـعَـهُ وَنَصَرَهُ وَوَا لاَه
أما بعد :
فيا عباد الله ، اوصيكم واياى بتقوى الله وطاعته فقد فازالمتقون. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى
Umat Islam di seluruh dunia rnasih dalam suasana memperingati peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w. Hijrah adalah hasil daripada per juangan yang gigih oleh generasi awal umat Islam, Muhajirin dan Ansar. Allah mengabadikan perkara ini dalam al-Quran sebagai menceritakan hal tersebut
Antaranya, fiirman Allah
إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ(38)أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ(39)الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ(40) الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوْا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنْ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ(41)
yang bemaksud. "Sesungguhnya Allah mempertahankan orang-orang beriman, sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang khianat lagi kufur."
"Diizinkan kepada orang¬ orang yang diperangi, sesung¬guhnya mereka itu dizalimi. Sesungguhnya Allah Maha Per¬kasa untuk memberi pertolongan kepada mereka." -
"Mereka itu ialah orang-orang yang; dihalau dari tanah air mereka, tiada kesalahan yang dilakukan oleh mereka melainkan kerana mereka mengatakan Rabbunallah (Tuhan yang men¬tadbir urusan kami ialahAllah). Kalaulah Allah tidak menjadikan manusia berlawanan antara satu sama lain nescaya dibinasalah rumah-rumah ibadat penganut orang Yahudi, gereja-gereja Kris¬tian dan tempat-tempat sembah¬yang, masjid-masjid yang disebut di dalamnya nama Allah dan sesungguhnya Allah pasti meno¬long sesiapa yang menolong aga¬ma nya. Sesungguhnya Allah itu Maha kuat lagi Maha Perkasa.
Orang orang yang Kami berikan kuasa kepada mereka memerintah bumi, mereka mendi¬rikan sembahyang, menunaikan zakat; menyuruh kepada yang baik dan mereka mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahajalah kesudahan segala urusan." (Surah al-Haj: 38-41)
Hijrah bermula dengan wujud¬nya golongan pertama masuk Islam yang bersama dengan Rasulullah s.a:w.Mereka diuji dengan kezaliman oleh musuh musuh Islam.
Setelah diuji selama 13 tahun, Mereka dibenarkan berhijrah untuk bergabung dengan. Golongan Ansar di Madinah. Golongan Ansar yang datang ke Makkah dan berbaiah dengan Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya kepada Rasulullah a.a.w. atas apa kami berbaiah.
Sabda Rasulullah s.a.w.
فَقَالَ عُبَادَةُ لِأَبِي هُرَيْرَةَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ إِنَّكَ لَمْ تَكُنْ مَعَنَا إِذْ بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّا بَايَعْنَاهُ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي النَّشَاطِ وَالْكَسَلِ وَعَلَى النَّفَقَةِ فِي الْيُسْرِ وَالْعُسْرِ وَعَلَى الْأَمْرِ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيِ عَنِ الْمُنْكَرِ وَعَلَى أَنْ نَقُولَ فِي اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَلَا نَخَافَ لَوْمَةَ لَائِمٍ فِيهِ وَعَلَى أَنْ نَنْصُرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَدِمَ عَلَيْنَا يَثْرِبَ فَنَمْنَعُهُ مِمَّا نَمْنَعُ مِنْهُ أَنْفُسَنَا وَأَزْوَاجَنَا وَأَبْنَاءَنَا وَلَنَا الْجَنَّةُ
(mak¬sudnya):
"Kamu berjanji taat kepadaku di masa rajin atau malas, berjanji memberi harta kamu dimasa senang atau susah, berjanji bersama-sama menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun menegak kan yang benar daripada, Allah serta tidak takut kepada celaan yang mencela dan berjanji untuk mempertahankan aku dan menolongku dan mempertahankanku sebagaimana kamu memperta¬hankan dirimu, keluarga kamu dan anak isteri kamu, Allah men¬janjikan syurga kepada kamu
Mereka berjanji setia dengan hati yang ikhlas dan pulang ke Madinah dengan iman yang yakin dengan kebenaran Islam. Mereka menyerahkan din dan segala ¬galanya untuk menegakkan Islam. Mereka mengajak umat Islam bersama untuk bernaung di bawah pemerintahaan Islam.
Islam menghadapi kepongan musuh seluruh dunia. Mereka membuktikan kasih mereka dalam medan pertempuran ketika mana Rasulullah s.a.w. dikepong dalam peperangan Uhud. Mereka mengelilingi Rasulullah s.a.w. dengan menjadikan tubuh badan ,sebagai perisai bagi memper¬tahankan:Rasulullah s.a.w. Ada di antara mereka yang gugur syahid dan cedera. Mereka tetap kasih kepada Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w.
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
(mak¬sudnya): Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada kasihnya kepada ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya.
Inilah iman yang sebenar. Kita menghadapi ujian di zaman ini.
Pemerintahan Islam yang ditegak¬kan oleh Rasulullah s.a,w- telah dihapuskan.
Sebenarnya kewajipan men¬dirikan negara Islam sehingga para sahabat tidak menghadiri peristiwa menguburkan jenazah Rasulullah kerana bermesyuarat untuk memilih pimpinan negara Islam.
Namun kini, pemerintahan Islam dihilangkan dan banyak hukum Islam ditinggalkan.bukan sekadar itu, musuh musuh Islam telah berjaya mewujudkan penentangan Islam di tengah tengah masyarakat. Akibat kelemahan umat Islam diratah oleh musuh di mana
sahaja. Akhhir-akhir ini bukan sahaja umat Islam dihina termasuk batang tubuh Rasulullah s.a.w telah dihina.
Beberapa hari yang lalu akhbar di Denmark dan lain-lain negara Barat menyiarkan kartun yang menghina Rasulullah s.a.w., Ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam yang masih ada.iman di dalam dada mereka, sebaliknya mereka yang tidak merasa apa apa menandakan mereka tidak ada iman dalam hati-hati mereka. Mereka tidak menyedari bahawa cahaya Islam tidak boleh dipa¬damkan.
Tindakan itu memun¬cakkan api kemarahan di seluruh dunia.
Hari ini umat Islam di seluruh dunia melahirkan kemarahan mereka dan sanggup melakukan apa sahaja yang diizinkan oleh agama. Ada golongan yang bangkit, sekurang-kurangnya dengan perasaan mereka dan ada yang lebih daripada itu. Apa yang berlaku ini menguji hati dan iman umat Islam sejauh mana keislaman itu masih ada dalam jiwa mereka.
Umat islam seharus nya berasa sensitif terutama yang menyentuh soal hukum yang dibawa olih Rasullullah , juga tuduhan biadab terhadap nabi yang lebih luas bukan sekadar kartun tetapi tetapi semua kesangsian keatas keperibadian Rasul, sunnah dan hukum Islam yang syumul yang dibawa olih rasul ada yang mengatakan bahawa nabi berzina ada diantara orang Islam yang menghina janggut Rasulullah ,ada yang mengatakan bahawa hukum islam yang dibawa olih nabi Muhammad tidak sessuai dizaman sain teknoloji ini dan usaha melaksanakan Islam seolah olah memutar jarum kebelakang .
Ssemua ini adalah penghinaan terhadap Islam ,Allah dan Rasulullah.Bukan sahaja dibuat olih orang-orang kafir tetapi dilakukan olih orang Islam sendiri . Maka orang-orang kafir lebih-lebih lagilah berani menghina Islam dan Rasullullah.
Marilah kita menjadikan peristiwa yang jahat dan zalim ini menambahkan semangat kita untuk mempertahankan Islam dan Rasulullah s.a.w supaya kita berada di bawah benderanya di dunia dan akhirat.
Marilah kita mengisytiharkan di hadapan Allah SWT bahawa kita tetap bersama dengan Rasulullah s.a.w. dengan harta benda dan jiwa raga serta nyawa dan darah. Kita yakin bahawa hanya lslam yang menyelamat kan kita, hanya rasulullah s.a.w yang paling berjasa membawa Islam kepada kita. ,
Hari ini diumumkan di mimbar masjid hari Jumaat di seluruh dunia Islam supaya melahirkan bantahan mereka sekeras-kerasnya.Di sana sudah ada peniaga-peniaga dan syarikat umat lslam yang mengisytiharkan tidak akan membeli barangan mana-mana negara yang menghina Rasululiah s a.w.
Tepuklah dada dan tanya iman masing-masing..
Marilah kita menyatakan.iman kita di hadapan Allah dengan hati yang. ikhlas, mudah-mudahan Allah SWT menjadikan peristiwa yang berlaku ini Iebih meningkatkan keyakinan kita kepada Islam dan, Rasulullah s.a.w
Allah berfirman
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَنَصَرُوا أُوْلَئِكَ هُمْ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ(74)
maksudriya "Dan orang-orang yang beriman yang berjihad pada jalan Allah, yang berhijrah dan orang-orang yang memberi pertolongan serta perlindungan kepada saudara-. saudara mereka yang berhijrah. Mereka itulah orang-orang yang beriman yang sebenar, bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia," (Surah. al-Anfal: 74)
بارك الله لى ولكم بالقرأن العظيم ونفعنى وإياكم بما فيه من الأيات والذكر الحكيم وتقبل منى ومنكم تلاوته إنه هو العليم الحكيم.
أقول قولى هذا وأستغفر الله العظيم لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan